Friday 2 September 2011

SAMBUTAN DAN AKTIVITI HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelajar-pelajar tahfiz MTMA telah merayakan sambutan aidil fitri dengan sederhana tetapi penuh kemeriahan pada 30 Ogos 2011 yang lalu. Bermula selepas selesai solat subuh, mereka telah bersiap-siap menuju ke padang yang berada di tengah pekan Ibrahimiyyah untuk mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.   Setelah selesai solat, mereka beramai-ramai kembali berkumpul di asrama untuk menikmati juadah hari raya yang disediakan.Disertakan di bawah beberapa keping gambar yang sempat dirakam sewaktu pagi raya.


















Selepas para pelajar selesai manjamu selera selera di pagi raya,program meraka diteruskan dengan program yang dipanggil "Syawal Game" ataupun kata singkatan "SaGa". Pada program Saga,para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:-

1) Kumpulan Tabuk = Muhammad Siddiq B Azero(ketua),Nur Adam Mushrif B Mansor,Mohd Shafiq B Shamsul Badari,Muhammad Fawwaz B Muhammad Idris

2) Kumpulan Badar = Muhammad Mustafa B Tarmili(ketua),Abdul Karim B Solehan,Wan Hanif bin Wan Zulkifli,Muhammad Afifuddin B Abdul Rahim

3) Kumpulan Ahzab = Ahmad Fazrul B Osman(ketua),Muhd Fariz B Abdul Razak,Aidiel B Mat Nuri,Muhammad Adib B Rosdan

4) Kumpulan Hunain = Nur Shafiqah Bt Zulkifle(ketua),Nuha Akhyar Bt Aminuddin,Wan Madihah Bt Wan Zulkifle,Nur Qudsiah Bt Mohd Nor Kamar

5) Kumpulan Yarmouk = Nur Athirah Farhanah Bt Tusirin(ketua),Nur Anis Najwa Bt Mohd Aseri,Imaan Bt Aminuddin,Salma Najihah Bt Osman

Program SaGa terbahagi kepada dua iaitu program indoor pada sebelah pagi dan program outdoor pada sebelah petang.Program indoor terdiri dari kuiz-kuiz yang berkaitan dengan segala yang telah dipelajari oleh para pelajar seperti feqah,tajwid,sejarah islam,al-quran dan sebagainya.Berikut adalah markah untuk program indoor :-
1) Kumpulan Tabuk = 60 Markah
2) Kumpulan Badar = 70 Markah
3) Kumpulan Ahzab = 64 Markah
4) Kumpulan Hunain = 62 Markah
5) Kumpulan Yarmouk = 67 markah

Pada sebelah petang,program outdoor telah selamat dilaksanakan.Program outdoor yang diberi nama Ibrahimiya Explorace diadakan dengan setiap kumpulan diberi klue dan mereka perlu mencari nama tempat yang terletak dalam klue tersebut dan pergi ke tempat yang dimaksudkan.Setelah sampai di tempat tersebut mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ajk di tempat atau checkpoint tersebut,sekiranya mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan klue yang seterusnya akan diberikan tetapi jika mereka gagal maka penalti selama 5 minit akan dikenakan.Sebanyak 5 checkpoint telah ditetapkan oleh pihak ajk dan setiap check mempunyai permainan yang tersendiri.Berikut adalah keputusan untuk program Ibrahimiya Explorace :-
1) Kumpulan Tabuk = 0 Markah
2) Kumpulan Badar = 30 Markah
3) Kumpulan Ahzab = 11 Markah
4) Kumpulan Hunain = 11 Markah
5) Kumpulan Yarmouk = 1 markah

Markah keseluruhan adalah seperti berikut
1) Kumpulan Tabuk = 60 Markah
2) Kumpulan Badar = 100 Markah
3) Kumpulan Ahzab = 75 Markah
4) Kumpulan Hunain = 73 Markah
5) Kumpulan Yarmouk = 68 markah

Pada malam hari telah berlansung majlis penyampaian hadiah bagi kumpulan yang berjaya dan kumpulan yang mendapat 3 tempat yang terendah telah dikenakan denda.Kumpulan 3 terendah dikehendaki membuat persembahan. Kumpulan Tabuk telah membuat persembahan ceramah dan takbir raya manakala kumpulan Hunain dan Yarmouk telah membuat persembahan impromtu speech.Walaupun ianya hanya sebuah pertandingan yang kecil,namun para pelajar menunjukkan bakat dan kesungguhan masing-masing untuk menjuarai pertandingan ini.Harapan supaya amalan ini diterima di sisi Tuhan sebagai amalan jariah lagi diberkati.