Sunday 18 September 2011

AL-HAFIZAH IMAAN

ADIK IMAAN
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Tiada pujian seindah pujian pada yang esa menggambarkan kesyukuran di hati apabila adik IMAAN BT.AMINUDDIN telah menamatkan hafazan al-qurannya dalam jangka masa yang amat membanggakan.Pertama kali menjejakkan kaki di bumi barakah ini pada mac 2010 dan telah berjaya mengkhatamkan al quran pada julai 2011.
Anak kelahiran perak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah rendah islam hidayah dan kemudiannya menyambung di bahagian menengah selama tiga bulan.Di antara rahsia kejayaannya ialah berdisiplin dan seorang yang sangat menghargai masa.Tidak hairanlah apabila pelajar-pelajar di sini sering mencemburui kerajinannya.Anak ke-7 dari lapan beradik ini merupakan cahayamata kepada pasangan EN.AMINUDDIN dan PUAN RAFIDAH.Didoakan semoga adik imaan sentiasa istiqamah di atas landasan ini dan penulis mengucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA AL-HAFIZAH.