Wednesday 7 September 2011

PUASA SUNAT SYAWAL

Setelah selesai aktiviti rehlah selama 3 hari 2 malam, pelajar telah selamat kembali ke asrama dan meneruskan pembelajaran tahfiz. Dalam keadaan yang masih di musim panas, para pelajar meneruskan tanggungjawab mencari pahala dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Semua pelajar telah diwajibkan berpuasa dan seperti biasa mereka akan dibangunkan untuk qiyamulail pada jam 4 pagi dan kemudian bersahur sebelum menjelang subuh. Sama-samalah kita doakan anak-anak di sini dapat memanfaatkan suasana tersebut dan belajar menjadikannya sebagai sebagai sebahagian rutin ibadah mereka.