Friday 2 September 2011

PROGRAM REHLAH AIDIL FITRI

Program rehlah adalah acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar MTMA. Setelah jenuh dan lelah dengan aktiviti hafazan, mereka amat memerlukan ruang masa untuk santai dan melepaskan perasaan. Setiap 3 bulan sekali, acara ini akan dilaksanakan dengan pengurusan pihak MIQAT CONSULTANT di bawah Ustadz Muhammad Idris. Pada hari raya tahun ini, mereka di bawa untuk bergembira di tepian pantai MARSA MATRUH, sebuah tempat percutian di tepi laut. Rehlah bermula pada petang hari Jumaat dan berakhir pada Ahad 4 September. Di sana banin dan banat akan mengikuti acara sukaneka, riadhah dan acara bebas di tepi pantai. Semoga pelajar MTMA akan lebih bersemangat untuk menghafal setelah kembali daripada rehlah nanti.  Gambar-gamabr akan disertakan dalam masa yang terdekat.