Wednesday 2 November 2011

TAHNIAH : MUHAMMAD ADIB BIN ROSDAN AL-HAFIZ

       

          Alhamdulillah, MTMA ingin merakamkan syukur ke hadhrat ALLAH SWT kerana melimpahkan kurniaNya kepada pelajar MTMA iaitu MUHAMMAD ADIB BIN ROSDAN AL-HAFIZ yang telah berjaya menepati sasaran menamatkan hafazan 30 juzuk pada 20 Oktober baru-baru ini.  Tahniah untuk seluruh keluarganya terutama kepada kedua ibu bapanya Encik Rosdan bin Saat dan Puan Soraya Ibrahim. Muhammad Adib yang dilahirkan di Ipoh, Perak telah menjejakkan kakinya ke bumi anbiya' ini pada bulan November 2009 sebaik sahaja selesai peperiksaan  UPSRnya. Walaupun berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan tersebut tetapi hasratnya untuk menghafal al-Qur'an tetap diteruskan dan pengorbanan tersebut telah di ganjarkan dengan hadiah yang paling berharga dalam hidup iaitu seluruh isi al-Qur'an. Sama-samalah kita doakan dia akan berjaya dengan keputusan yang cemerlang dalam ujian akhir 30 juzuk hafazannya pada Disember ini. Pihak MTMA mendoakan semoga Allah SWT terus memelihara hafazannya sekembalinya dia ke Malaysia nanti untuk menyambung pengajian akademik.