Thursday 29 September 2011

Pelajar Malaysia(Muhammad Sidiq bin Azero) Berkhutbah di TV Al-Hafiz Mesir

        Pada 8 Mei 2011 yang lalu, TV Al Hafiz Kaherah saluran TV 24 jam Mesir telah mengadakan Pertandingan membaca khutbah antara pelajar tahfiz Mesir - Malaysia.Siaran tersebut telah disiarkan secara langsung dan pihak MTMA amat berbangga kerana wakil pelajar kita MUHAMMAD SIDDIQ AZERO iaitu pelajar dari Teluk Intan mendapat kedua.  Beliau telah membaca khutbah dalam bahasa Arab yang telah disediakan oleh Syeikh Faraj Imarah bertajuk "Taat kepada Rasul". Pihak MTMA mengucapkan tahniah kepada Muhammad Siddiq kerana berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut dan sekaligus mengharumkan nama MTMA dan khususnya keluarga beliau di Teluk Intan. Semoga pengalaman ini dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan bahasa Arab beliau serta menjadi perangsang kepada pelajar MTMA yang lain.  Di sini di paparkan sedutan Pertandingan Membaca Khutbah yang disiarkan secara langsung di TV Al-Hafiz Kaherah.