Saturday 24 September 2011

Pelajar Malaysia Dalam TV AL Hafiz Kaherah

Alhamdulillah, sekali lagi pelajar-pelajar MTMA telah dimuliakan Allah kerana diberi peluang untuk menyertai musabaqah membaca al Qur'an anjuran TV alHafiz Kaherah pada 13 September 2011 baru-baru ini.  4 pelajar MTMA telah mewakili kumpulan pelajar Malaysia Maahad Makkah AlMukarramah iaitu:-
1.   Ahmad Fazrul bin Osman
2.   Muhammad Siddiq bin Azero
3.   Muhammad Adib bin Rosdan
4.   Muhammad Fariz bin Abdul Razak.
5.   Khalid Muhammad Ahmad (Warden MTMA)
Pertandingan ini telah disiarkan secara langsung di TV AlHafiz Kaherah dan para pelajar MTMA telah dianugerahkan sijil penghargaan.

Kami berasa amat bangga kerana mendapat perhatian daripada pihak TV AlHafiz Kaherah dan diharap pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi mutu bacaan alQuran dan juga hafazan masing-masing.