Dalam hal ini persiapan rapi yang melibatkan pengangkutan, makluman kepada pihak polis dan persiapan makanan akan di uruskan bersama dengan pihak Maahad dan juga pihak pengurusan MIQAT Consultant yang bertanggungjawab menguruskan persiapan. Aktiviti rehlah kemuncak pada bulan Disember juga melibatkan aktiviti ziarah dari ibu bapa di Malaysia di mana pihak ibu bapa juga akan disediakan pakej ziarah bersama anak-anak tahfiz. Para ibu bapa akan disediakan tempat tinggal, makanan dan mengikuti aturcara bersama pelajar terutama ke TURSINA. Acara ini merupakan acara tahunan yang amat di gemari oleh pelajar di mana mereka didedahkan pengalaman ziarah ibadah dan menghayati kehidupan para Nabi dan mengikuti jejak-jejak mereka dalam rehlah tersebut. Di harapkan juga pengalaman ziarah ini dapat memberikan mereka gambaran cerita yang terdapat dalam alQuran bagi memudahkan mereka menghafaz di samping memberikan pengalaman yang menarik dalam proses kehidupan mereka sebagai pelajar MTMA, insyaAllah.
![]() | ||||
Lawatan ke piramid di Giza yang menjadi satu kemestian kepada ibu bapa |
![]() |
Hammam Firaun (Gua berwap panas di Sinai) |
![]() |
Pelajar berpeluang menunaikan solat sunat di tempat munajat Nabi Musa di puncak Tursina |
![]() |
Tinggalan Istana Firaun di Fayyum |
![]() |
Kapal Kargo sedang menelusuri Terusan Suez (berhampiran pagar hotel Kampung Olimpik, Suez) |
![]() |
Di hadapan mulut gua Hammam Firaun |
![]() |
Tinggalan dua belas mata air berhampiran Wadi Musa, Tursina |