Thursday 29 September 2011

AL HAFIZAH NUR SHAFIQAH BT ZULKIFLE

 
MTMA mengucapkan tahniah kepada Al Hafizah Nur Shafiqah bt Zulkifle dan keluarga dari Shah Alam yang dengan izin Allah s.w.t telah menamatkan hafazan al Quran dalam tempoh 22 bulan bermula dari 25 nov 2009 .  Majlis khatam ini telah diadakan pada pada hari khamis 22 September 2011 bersamaan dengan 24 Syawwal 1432 yang diserikan dengan bacaan doa khatam al Quran oleh guru pakar tahfiz al Quran merangkap imam besar Masjid MTMA  Al-Fadhil Syeikh Osman Ali Azzazi yang pernah bertugas sebagai imam di Makkah al Mukarramah dan negeri Terengganu Darul Iman,Malaysia. Didoakan semoga kejayaan ini akan diberi keberkatan yang abadi di dunia dan akhirat dan akan menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar MTMA yang lain,amin...