Thursday 29 September 2011

Lawatan Sambil Belajar Mahasiswi Jordan sempena cuti musim panas 2011

3 mahasiswi dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan telah menghabiskan cuti musim panas mereka selama 5 minggu bermula dari 10 ogos-16 sept.2011 di MTMA, Sharqiah.
1)   Nurul Hasanah bt. Tamili        -   Ekonomi
2)   Nik Aqilah bt Nik Mohd Azam  -   Ekonomi
3)   Dhabitah Panjaitan bt. Maruli  -   Bahasa Arab
 
Mereka telah mengikuti program sepenuh masa tahfiz al quran,  belajar feqah dan tajwid bersama-sama pelajar MTMA mengikut jadual pembelajaran harian yang sedia ada.  Mereka juga telah diberi peluang mengadakan program motivasi untuk pelajar MTMA.   Antara aktiviti lain yang mereka turut serta adalah:
 
1)   Solat Aidilfitri di padang majlis perbandaran yang berhampiran dan program rumah terbuka untuk pelajar dan masyarakat arab sekitar.
 
 
 
2)   Program rehlah
 
a)  Ke Marsa Matrouh yang terletak lebih kurang 800 km dari MTM. Mereka turut terlibat dalam aktiviti  riadhah ringan yang diadakan di tepi laut khusus untuk pelajar banat . Rehlah selama empat hari 3 malam ini berakhir dengan singgah ziarah di Iskandariah. Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Nabi Danial yang di dalamnya terletak makam Nabi Danial dan Luqman al Hakim.
 
Lawatan  diteruskan dengan menziarahi makam sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Darda', kemudian ke makam cicit Saidina Ali k.w,  bersiar-siar di Qol'ah (kubu pertahanan) dan pusat bandar Iskandariah bagi melihat kesan peninggalan keagungan Islam di Mesir. 
 
Lawatan yang kedua ialah  Dumyat, Mansourah,  Antara tempat yang dilawati di Dumyat ialah Ra'sul Barr yang merupakan tempat berakhirnya Sungai Nil yang bermula di tengah Afrika yang bertemu dengan Laut Mediterranean. Kawasan  ini juga dikatakan sebag  itempat pertemuan dua lautan  seperti yang disebuat dalam al Quran surah Ar-Rahman, ayat 19.  Turut dilawati adalah Kampus Universiti Al-Azhar di bandar baru Dumyat.  Lawatan ini di akhiri dengan ziarah dan makan malam di rumah Persatuan Pelajar Perubatan Mansurah serta bersiar-siar menaiki kapal pesiaran di Sungai Nil yang terletak pusat bandar Mansurah. 
 
Ziarah diteruskan dengan melawat kincir Nabi Musa di bandar Fayyum, singgah di Tasik dan istana Qarun, melawat Piramid di Giza,  kilang kristal Asfour di Syubra Khemah.  Lawatan terakhir adalah menziarahi  makam Imam Syafi'e,  Masjid 4 mazhab,  makam Sayyidah Nafeesah (cicit rasulullah s.a.w),  ,  masjid Sayyidina Husain,  Masjid University Al Azhar,  asrama rumah melayu (ARMA) di Abbasiyyah dan melawat Kompleks rumah Pelajar Malaysia di Hayyu Ashir Nasr City.
 
Semoga lawatan mereka penuh dengan manfaat dan diberkati Allah. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada MTMA untuk menguruskan program percutian ini