Monday 29 August 2011

Iktikaf 10 terakhir ramadhan

Pada 29 Ogos 2011 telah selamat berakhirnya program iktikaf 10 terakhir ramadhan untuk para pelajar banin MTMA. Program iktikaf 10 terakhir ramadhan ni bermula secara rasminya pada 20 ramadhan 1432 bersamaan 20 ogos 2011 di Masjid Ma'ahad Makkah.

Program iktikaf ini diadakan bertujuan untuk mencari lailatul qadar yang mana Allah SWT telah menjanjikan di dalam kitabnya bahawa malam ini lebih baik dari 1000 bulan.(Al-Qadr)

Sepanjang program iktikaf ini berlansung, para pelajar hanya dibenarkan pulang ke rumah untuk mempersiapkan diri diantara waktu maghrib dan isya' sahaja.
Para pelajar dikejutkan seawal jam 2 pagi untuk menunaikan solat-solat sunat seperti tahajjud, tasbih, hajat taubat. Kemudian para pelajar terus makan sahur dan menunaikan solat subuh di Masjid Ma'ahad Makkah.

Disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program iktikaf ini berlangsung. Semoga Allah menerima amalan dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita semua.




Diharapkan dengan kesungguhan yang ditunjukkan para pelajar sepanjang program diganjari oleh Allah dengan ganjaran yang lumayan dan diterima di sisiNya.