Wednesday 17 August 2011

Warkah Pembuka

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

PENGENALAN:

Program ini telah dimulai pada tahun 1999 untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia menghafal 30 juzuk al-Qur'an di samping mempelajari bahasa Arab dan Feqah di bawah bimbingan guru-guru dan Syeikh yang bertauliah dari maahad al-Azhar.

Syeikh Osman Azazil (Ketua Bahagian Tahfiz)
Syeikh Farag (Ketua Pengurusan Modul Pembelajaran Pelajar)

TEMPAT BELAJAR:

Pembelajaran tahfiz diadakan di masjid Maahad Makkah AlMukarramah, Markaz Ibrahimiyyah manakala kelas Bahasa Arab dan Feqah diadakan di kelas bangunan asrama pelajar Malaysia di Ibrahimiyyah.
Ruang serba guna tingkat bawah untuk perjumpaan dan ruang makan
Kelas tingkat 3 di bangunan asrama

MODUL PEMBELAJARAN:

Terbahagi kepada dua bahagian :
a) Tahfiz dan bahasa Arab serta feqah bagi tahun pertama
Pada tahun pertama kemasukan pelajar, mereka hanya akan mengambil tahfiz dan bahasa Arab serta Feqah sahaja yang akan dikendalikan secara intensif. Pelajar akan didedahkan dan dimahirkan dengan aspek hafazan dan bahasa Arab dan pelajar tidak perlu mengikuti pembelajaran rasmi di Maahad. Walau bagaimanapun, peperiksaan bulanan tetap akan di adakan dan guru-guru maahad yang dilantik akan mengadakan pembelajaran tidak rasmi di kelas bangunan asrama pelajar Malaysia.

b) Pembelajaran akademik dan tahfiz di Maahad Makkah AlMukarramah.
Setelah selesai tahun pertama, pelajar akan didaftarkan sebagai pelajar maahad secara rasmi dan diwajibkan mengikuti pembelajaran rasmi di Maahad bersama pelajar-pelajar Mesir. Pelajar akan mengikuti jadual persekolahan rasmi pada sebelah pagi hinga tengahari manakala pembelajaran tahfiz akan disambung di kelas asrama pada sebelah petang hingga malam.

JANGKAMASA PENGAJIAN:

Pelajar diberi masa 2 tahun untuk menamatkan hafazan dan akan dianugerahkan sijil hafazan yang mempunyai pengesahan cop mohor al Azhar daripada pihak Maahad jika berjaya.


KEISTIMEWAAN PROGRAM:

* pemberian sijil dengan pengesahan cop alAzhar
* kemudahan asrama 5 tingkat dengan pengawasan warden 24 jam
* pengawasan keselamatan pihak berkuasa
* disiplin dan pengisian program yang padat dan intensif
* rehlah berkala ke tempat menarik dan bersejarah
* berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke bidang akademik peringkat ibtidaie, i'dadi atau sanawi sehingga ke universiti alAzhar.

PENGANJUR:

MIQAT CONSULTANT
- bertanggungjawab menguruskan perjalanan pelajar ke tempat pembelajaran dan urusan penginapan dan kebajikan pelajar.

TENAGA KERJA DI MESIR:

Terdapat Guru-guru Bahasa Arab dan Feqah di ambil dari kakitangan Maahad Makkah Al Mukarramah manakala Syeikh-Syeikh Hafazan terdiri daripada guru-guru al Quran yang berkaliber dan terkenal dari segi kepakaran al Qurannya. Di samping itu terdapat kakitangan bukan akademik yang terdiri daripada Ketua Pengurus Kebajikan Pelajar, Warden Asrama Mesir, Warden Asrama Malaysia, dan Warden Banat serta dua orang tukang masak dan seorang tukang cuci pakaian unifom tahfiz.