Saturday 3 March 2012

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU MTMA SESI MAC 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji dan syukur ke hadhrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya keatas kita semua sehingga kini. Semoga semua usaha kita ke arah menyokong perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi di iringi dengan niat yang ikhlas.

Sehubungan dengan itu, sekali lagi Allah SWT telah memberikan peluang dan kemuliaan kepada 9 orang warga baru MTMA yang terdiri daripada 5 banat dan 4 banin untuk meneruskan hasrat menghafal al-Qur;an di bumi berkat Mesir. Setiap ibu bapa menghadapi beberapa ujian berat demi untuk memastikan anak-anak mereka berjaya sampai ke Mesir namun munajat , doa penuh mengharap dan usaha yang penuh  dengan rasa rendah diri kepada Allah azzawajalla maka akhirnya impian tersebut telah terlaksana. Tepat jam 10.00 malam 3 mac 2012, pelajar-pelajar tersebut dengan diiringi oleh Ustadz Muhammad Idris Ibrahim, telah terbang menaiki Egypt air dan sampai ke lapangan terbang Cairo pada pukul 6.30 pagi.

Bermulalah satu lagi siri perjuangan anak-anak baru MTMA ini dan mereka sudah pasti akan menghadapi beberapa kejutan budaya, suasana dan juga iklim yang menuntut kesabaran yang tinggi. Kami pihak MTMA memohon ibu bapa juga turut bersabar, penuh rasa husnul zhon (sangka baik) dan sentiasa mendoakan kejayaan mereka. Berbahagialah ibu bapa berkenaan kerana telah dipilih oleh Allah untuk meneruskan risalah Islam menerusi anak-anak. Jadi, teruskan istiqamah dengan niat yang ikhlas, dan sentiasalah memberikan motivasi kepada anak-anak. Berikan kekuatan jiwa yang mantap kepada anak-anak agar anak-anak menjadi pejuang-pejuang al-Qur'an yang berjiwa besar. Sama-sama kita berdoa agar anak-anak terus berjaya dalam memperjuangkan al-Qur'an. Pemergian mereka ke sana bukan perjuangan bersendirian kerana ibu bapa juga harus lebih kuat berjuang melawan perasaan rindu, bimbang, risau dan sebagainya. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan mampu mengatasinya. Dalam perhubungan antara ibu-bapa pelajar banyakkkanlah saling memberi motivasi dan bukan mencari cela dan salah. Setiap kemusykilan harus ditanggapi dengan hati terbuka dan berbincang dengan pihak pengurusan secara penuh toleransi.

Semoga anak-anak kita semua pulang dengan gelaran hafidz dan hafidzah dan yang paling penting ialah menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah swt.  Untuk makluman semua, di sini dipaparkan maklumat pelajar terbaru MTMA sesi Mac 2012

1. Muhammad Zainul Irfan bin Zaim Faisal - Sg. Tua, Selangor
2. Ahmad Imadduddeen bin Azhari - Bandar Sri Damansara, K.Lumpur
3. Muhammad Fathiudeen bin Zabidi  - Shah Alam, Selangor
4. Fatin Syahirah bt Rosle  - Setapak, K. Lumpur
5. Siti Nor Farhah bt Rosle  - Setapak, K. Lumpur
6. Alya Thoheerah bt Azmi Al-Alwi  - Sg. Tua, Selangor
7. Hanna Humaira bt Azmi Al-Alwi  - Sg. Tua, Selangor