Sunday 18 March 2012

MABRUK : MUHAMMAD SIDDIQ BIN AZERO AL-HAFIZ

          Dalam kesibukan meraikan kejayaan beberapa hafiz yang telah menyempurnakan hafazan di MTMA, seorang pelajar juga telah berjaya mencapai misi kedatangannya ke sini dan telah berjaya menamatkan hafazannya pada bulan Januari lalu. Penulis blog memohon jutaan maaf kerana agak alpa dan leka sehingga lupa meletakkan nama ini sebarisan dengan beberapa hafiz yang telah berjaya. Pelajar ini MUHAMMAD SIDDIQ BIN AZERO merupakan ketua pelajar di MTMA dan merupakan pelajar contoh yang benar-benar menghayati kehidupan dan ketenangan di pekan Ibrahimiyyah. Beliau telah tamat hafazannya pada bulan Januari lalu dan sedang bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam ujian akhirnya pada akhir Mac ini sebelum berangkat pulang bersama-sama beberapa hafiz yang lain.

          Beliau telah menaikkan nama MTMA kerana berjaya mreangkul tempat kedua dalam musabaqah khutbah yang disiarkan di TV Al Hafiz Kaherah. Sejak awal. dia adalah pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik, rajin mengerjakan puasa sunat, melaksanakan qiyamullail dan semua ini merupakan ciri-ciri yang baik sebagai seorang hafiz.  Semoga pelajar lain dapat mencontohi semangat beliau yang bermula dari pelajar sekolah menengah biasa dan mula menghafal setelah selesai PMR di Teluk Intan. Sama-sama kita doakan kejayaannya dan juga yang lain-lain.