Monday 27 February 2012

MABRUK : MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS AL-HAFIZ


Alhamdulillah, seorang lagi pelajar MTMA telah selamat menamatkan hafazan 30 juzuk iaitu MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS. Fawwaz memulakan pengajian tahfiz di MTMA pada bulan Jun 2010 ketika berumur 11 tahun setelah menamatkan pembelajaran Tahun Enam di Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Chemor, Perak. Sesungguhnya kemuliaan yang Allah berikan kepadanya adalah kerana kesungguhannya serta keseriusan ketika menghafal. Beliau sentiasa kelihatan menghafal dengan membawa bersama-samanya tafsir al-Qur'an bagi memantapkan pemahaman terhadap isi al-Quran itu sendiri. Berkat bimbingan para syeikh, guru-guru dan doa semua kerabat MTMA, akhirnya beliau telah menyempurnakan hafazan 30 juzuk pada hari Sabtu, 25 Februari 2012 baru-baru ini. InsyaAllah, beliau akan meneruskan perjuangan bagi memantapkan hafazan dalam sesi murajaah selama 4 bulan lagi bagi menghadapi ujian akhir hafazan nanti. Kita juga berdoa agar pelajar lain yang sedang menghampiri 30 juzuk agar terus tabah untuk menghafal. Sama-samalah kita semua doakan mereka berjaya. Amin