Assalamualaikum,
Dengan limpah kurnia dari Allah SWT, bersempena dengan sambutan maulidur Rasul pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal 1433 H, 10 pelajar baru MTMA telah selamat menjejakkan kaki ke bumi ardhul kinanah dengan membawa seribu harapan dan doa daripada ibu bapa agar anak-anak ini akan menjadi hafiz dan hafizah nanti, insyaAllah. Dalam kedinginan musim sejuk mencecah 11 darjah celcius, pelajar-pelajar ini akan memulakan langkah pertama mereka untuk menguasai ilmu al-Qur'an dan menjalani kehidupan baru selama 2 tahun untuk mendapatkan gelaran para huffaz. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka berjaya dan selepas 2 tahun nanti iaitu sebelum Februari 2014, akan pulang dengan kemuliaan.