Monday, 27 February 2012
MABRUK : MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS AL-HAFIZ
Alhamdulillah, seorang lagi pelajar MTMA telah selamat menamatkan hafazan 30 juzuk iaitu MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS. Fawwaz memulakan pengajian tahfiz di MTMA pada bulan Jun 2010 ketika berumur 11 tahun setelah menamatkan pembelajaran Tahun Enam di Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Chemor, Perak. Sesungguhnya kemuliaan yang Allah berikan kepadanya adalah kerana kesungguhannya serta keseriusan ketika menghafal. Beliau sentiasa kelihatan menghafal dengan membawa bersama-samanya tafsir al-Qur'an bagi memantapkan pemahaman terhadap isi al-Quran itu sendiri. Berkat bimbingan para syeikh, guru-guru dan doa semua kerabat MTMA, akhirnya beliau telah menyempurnakan hafazan 30 juzuk pada hari Sabtu, 25 Februari 2012 baru-baru ini. InsyaAllah, beliau akan meneruskan perjuangan bagi memantapkan hafazan dalam sesi murajaah selama 4 bulan lagi bagi menghadapi ujian akhir hafazan nanti. Kita juga berdoa agar pelajar lain yang sedang menghampiri 30 juzuk agar terus tabah untuk menghafal. Sama-samalah kita semua doakan mereka berjaya. Amin
Friday, 17 February 2012
Layari facebook Tahfiz MTMA.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua kerabat MTMA. Pihak MTMA telah berusaha sedayanya untuk menyajikan maklumat terkini kepada setiap pelajar dan para keluarga MTMA. MTMA telah membuka akaun facebook bagi melebarluaskan lagi saluran maklumat untuk semua dan melalui facebook MTMA, pihak keluarga pelajar MTMA dan sesiapa yang berminat untuk mengetahui perkembangan yang berlaku, bolehlah search FACEBOOK TAHFIZ MTMA dan "SUBSCRIBE' supaya setiap perkembangan terkini dimasukkan secara automatik kedalam facebook tuan-tuan dan puan-puan maupun pelajar. Facebook ini lebih banyak memaparkan aktiviti dalam bentuk gambar-gambar dan juga mengirimkan beberapa nota-nota dan bahan-bahan yang dapat dijadikan panduan para huffaz MTMA. Sebarang pandangan dari pihak ibu bapa maupun pertanyaan bolehlah dihantar melalui message di facebook ataupun email ke minatahfiz@hotmail.com.
Sunday, 12 February 2012
Saturday, 11 February 2012
Friday, 10 February 2012
KELAS FEQAH MTMA
Para pelajar MTMA sedang mengikuti pelajaran Feqah yang diajar oleh Ustadz Husaini. Kelas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu pelajar baru dan pelajar lama.
Sunday, 5 February 2012
AHLAN WA SAHLAN MARHABAN BIKUM PELAJAR BARU MTMA (FEB 2012)
Assalamualaikum,
Dengan limpah kurnia dari Allah SWT, bersempena dengan sambutan maulidur Rasul pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal 1433 H, 10 pelajar baru MTMA telah selamat menjejakkan kaki ke bumi ardhul kinanah dengan membawa seribu harapan dan doa daripada ibu bapa agar anak-anak ini akan menjadi hafiz dan hafizah nanti, insyaAllah. Dalam kedinginan musim sejuk mencecah 11 darjah celcius, pelajar-pelajar ini akan memulakan langkah pertama mereka untuk menguasai ilmu al-Qur'an dan menjalani kehidupan baru selama 2 tahun untuk mendapatkan gelaran para huffaz. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka berjaya dan selepas 2 tahun nanti iaitu sebelum Februari 2014, akan pulang dengan kemuliaan.
Dengan limpah kurnia dari Allah SWT, bersempena dengan sambutan maulidur Rasul pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal 1433 H, 10 pelajar baru MTMA telah selamat menjejakkan kaki ke bumi ardhul kinanah dengan membawa seribu harapan dan doa daripada ibu bapa agar anak-anak ini akan menjadi hafiz dan hafizah nanti, insyaAllah. Dalam kedinginan musim sejuk mencecah 11 darjah celcius, pelajar-pelajar ini akan memulakan langkah pertama mereka untuk menguasai ilmu al-Qur'an dan menjalani kehidupan baru selama 2 tahun untuk mendapatkan gelaran para huffaz. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka berjaya dan selepas 2 tahun nanti iaitu sebelum Februari 2014, akan pulang dengan kemuliaan.
Friday, 3 February 2012
SENARAI MUTAKHIR HAFAZAN PELAJAR SEHINGGA 3 FEBRUARI 2012
SENARAI MUTAKHIR HAFAZAN PELAJAR SEHINGGA 3 FEBRUARI 2012
1. | MUHAMMAD FARIZ ABDUL RAZAK | 11 JUZ |
2. | WAN ABDUL HANIF BIN WAN ZULKIFLI | 6 JUZ |
3. | MUHAMAD ADAM BIN MANSOR | 6 JUZ |
4. | MEOR AQIL BIN AZNAM | 26 JUZ |
5. | MOHD AFIFUDDIN BIN ABDUL RAHIM | TAMAT 30 JUZ |
6. | AZIZI BIN SAIM | TAMAT 30 JUZ |
7. | MUHAMMAD SIDIQ BIN AZERO | TAMAT 30 JUZ |
8. | MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS | 27 JUZ |
9. | AHMAD FAZRUL BIN OSMAN | 15 JUZ |
10. | ABDUL KARIM KHALILI BIN SALEHAN | 8 JUZ |
11. | MUHAMMAD MUSTAPHA BIN TAMILI | 26 JUZ |
12. | MUHAMMAD AIDIEL BIN NURI | 21 JUZ |
13. | ABDUL HARRIS BIN EFENDI | 4 JUZ |
14. | ABDUL HAKIM BIN MUHAMAD AZMI | 1 JUZ |
15. | ABDULLAH AL-MUNZIR BIN ARIS HAZLAN | 3 JUZ |
16. | ADAM BUKHARI BIN MOHD RAZALI | 3 JUZ |
17. | AMIR FATHI BIN MUNAWIR | 1 JUZ |
18. | IMAN ZUL HAKIM BIN ZOLKIFLI AHMAD | 2 JUZ |
19. | ISMA UZAYR BIN MOHAMAD ZAMRI | 2 JUZ |
20. | MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ROZAKI | 2 JUZ |
21. | MUHAMMAD ALIF BIN ROSDAN | 1 JUZ |
22. | MUHAMMAD AQILL BIN ASMADI | 2 JUZ |
23. | MUHAMMAD FAEZIM BIN ZAHID | 2 JUZ |
24. | MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKARNAIN | 2 JUZ |
25. | MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN ROSLE | 2 JUZ |
26. | MUHAMMAD NAIM BIN ABDUL RAHMAN | 3 JUZ |
27. | MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLI | 2 JUZ |
28. | MUHAMMAD ZHOORIFF BIN JAFNI | 2 JUZ |
29. | MUSADDIQ BIN AZLI MUBARAK | 2 JUZ |
30. | SYED ARIFF HAIQAL BIN S. MOHD ZEFFUDIN | 2 JUZ |
31. | WAN MADIHAH BT WAN ZULKIFLI | 14 JUZ |
32. | NUR ATIRRAH BT TUSIRIN | 8 JUZ |
33. | NUR ANIS NAJWA BT MOHD ASERI | 8 JUZ |
34. | SALMA NAJIHAH BT OSMAN | 13 JUZ |
35. | NUR QUDSIAH BT MOHD NOR KAMAR | 12 JUZ |
36. | NUHA AKHYAR BT AMINNUDDIN | 19 JUZ |
37. | AFIFATUL AQILAH BINTI TAMIL | 3 JUZ |
38. | NUR ADIBA BATRISYIA BT KHAIRUL AZIZI | 2 JUZ |
Subscribe to:
Posts (Atom)