Sunday 17 June 2012

UJIAN AKHIR HAFAZAN 21 JUN 2012

Assalamualaikum wr. wbth.,
Setelah hampir 3 hingga 4 bulan bertungkus lumus dan gigih mengulangkaji (murajaah), tiga orang pelajar MTMA akan menghadapi tahap terakhir dalam siri perjuangan mendapat gelaran al-hafdz iaitu imtiham akhir 30 juzuk. Mereka adalah MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS berumur 13 tahun(tamat Februari 2012),MEOR MUHAMMAD AQIL BIN AZNAM (umur 14 tahun),dan MOHD MUSTAFA BIN TAMILI(15 tahun) yang telah tamat Mac lalu. Ketiga-tiga pelajar tersebut akan di uji 30 juzuk hafazan oleh mudir Maahad Makkah alMukarramah pada 21 Jun 2012 ini (Khamis) dan akan diberikan sijil mengikut tahap hafazan mereka.

Pada 14 Jun 2012, menjelang hari kepulangan tetamu ibu bapa ke Malaysia, satu majlis menyembelih lembu seberat lebih 330 kg telah diadakan. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan kejayaan ketiga-tiga pelajar tersebut dalam menyelesaikan pengajian hafazan mereka dan setelah selesai ujian, mereka dijangkakan akan pulang ke tanah air 27hb ini dan memulakan pengajian akademik di Malaysia ini.Semga mereka semua mendapat mumtaz dalam ujan ini nanti dan selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah berjuang lebih dari 2 tahun di tanah barakah Mesir. Sama-samalah kita semua mendoakan kejayaan mereka dan juga kejayaan semua anak-anak MTMA di sana. Amin

MUHAMMAD FAWWAZ MUHD IDRIS

MEOR MUHD AQIL BIN AZNAM

MUHD MUSTAFA BIN TAMILI