Monday 17 October 2011

TAHNIAH: MUHAMMAD A'FIFUDDIN BIN ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

Alhamdulillah,pada 1 Oktober 2011,  seorang lagi pelajar MTMA telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Qur'an. Muhammad A'fifuddin berasal dari Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan yang dilahirkan pada 7 Mac 1995 telah memulakan hafazan di MTMA pada bulan Jun 2009 . Beliau telah berjaya khatam hafazan selama 28 bulan. Satu majlis khas telah diadakan di Masjid MTMA, dengan bacaan doa khatam yang dipimpin oleh guru pakar al-Qur'an MTMA iaitu  Syeikh Osman Ali Azzazi. Marilah sama-sama kita doakan semoga beliau akan mendapat sijil dengan keputusan cemerlang (mumtaz) dalam peperiksaan akhir yang akan diadakan tidak lama lagi. Mudah-mudahan Allah swt akan memberkati kejayaannya menjadi seorang hafiz (penjaga al-Qur'an). Tahniah dari MTMA.