Sempena Hari Raya Korban pada 6 November tahun ini, MTMA telah melancarkan program Qurbani untuk tahun yang ke 12. Program ini merupakan acara tahunan bagi menyemarakkan sambutan Aidil Adha oleh komuniti Malaysia di MTMA. Pada tahun ini, seekor kerbau yang beratnya 300 kg akan disembelih pada 10 Zulhijjah selepas semua warga MTMA menunaikan solat sunat Aidil Adha di padang Majlis Perbandaran yang berhampiran. Hasil sembelihan ini akan diagihkan kepada fakir miskin di kawasan sekitar MTMA dan untuk stok makanan para huffaz MTMA.
Sehubungan dengan itu, satu tabung telah dilancarkan bagi mengumpulkan dana yang diperlukan iaitu sebanyak RM5,600. Sesiapa yang berminat mengikuti program ini boleh membayar satu bahagian sembelihan yang berharga RM800 bersamaan dengan berat daging sebanyak 43 kg atau memberi sumbangan kepada tabung Qurbani seikhlasnya bagi mencukupi peruntukan yang diperlukan. Komitmen anda amat dialu-alukan. Mudah-mudahan sumbangan kewangan tuan puan untuk program Qurbani ini akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah swt berkat kemuliaan para pelajar tahfiz yang akan sama-sama menikmati daging korban ini.
Hubungi : minatahfiz@hotmail.com
Tuesday, 18 October 2011
Monday, 17 October 2011
TAHNIAH: MUHAMMAD A'FIFUDDIN BIN ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
Alhamdulillah,pada 1 Oktober 2011, seorang lagi pelajar MTMA telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Qur'an. Muhammad A'fifuddin berasal dari Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan yang dilahirkan pada 7 Mac 1995 telah memulakan hafazan di MTMA pada bulan Jun 2009 . Beliau telah berjaya khatam hafazan selama 28 bulan. Satu majlis khas telah diadakan di Masjid MTMA, dengan bacaan doa khatam yang dipimpin oleh guru pakar al-Qur'an MTMA iaitu Syeikh Osman Ali Azzazi. Marilah sama-sama kita doakan semoga beliau akan mendapat sijil dengan keputusan cemerlang (mumtaz) dalam peperiksaan akhir yang akan diadakan tidak lama lagi. Mudah-mudahan Allah swt akan memberkati kejayaannya menjadi seorang hafiz (penjaga al-Qur'an). Tahniah dari MTMA.
Subscribe to:
Posts (Atom)