Wednesday 11 April 2012

INSPIRASI BAGI YANG INGIN MENGHAFAL AL-QUR'AN


Tips Hafal Al-Quran bagi yang bukan aliranTahfiz ..

Satu hari sebelum tidur – aku terbaca satu kisah bagaimana hendak menghafal Al Quran dan dengan cara yang demikian dapat membina hubungan yang intim dengan Allah swt

Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).

Tip 1 – Bangun awal
Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat
Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu
Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda
Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat
Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda
Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajweed anda
Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.
Seperkara lagi – ada satu lagi rahsia kejayaan Ahmad.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.  Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca. Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.

Natijahnya
Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.  Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.  Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…

“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)

sumber asal:
 http://http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/2012/03/tips-hafal-al-quran-bagi-yang-bukan.html

Monday 2 April 2012

PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN ILMU

Kelebihan orang yang menghafal Al-quran.
        Al-quran adalah kitab suci yang perlu kita jaganya sehingga hari kiamat di samping isinya yang sangat bermukjizat sehingga tiada seorang pun dari kalangan manusia yang dapat menandinginya. Isi kandungannya dapat menyelesaikan setiap masalah kehidupan yang ada di dunia ini bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran dan pelajaran daripadanya. Di dalam al-quran Allah telah berjanji bahawa dia akan menjaga Al-quran sehingga hari kiamat. Allah menjaganya dari hilang dengan meletakkannya di dalam hati-hati orang yang menghafal al-quran, sebab itulah Allah memudahkan manusia untuk menghafalnya di samping jumlah ayatnya yang tidak terlalu banyak dan tidaklah terlalu sedikit. Kalau kita menghafal buku ekonomi semuka, agak-agak berapa lama tempohnya, dah la boring bak kata kawan saya. Berbeza dengan Al-quran, kita terasa mudah dan seronok untuk menghafalnya, terasa tenang kerana ia dibaca dengan berlagu. Subhanallah, kehebatan al-quran yang tiada tandingannya. Saya hafal al-quran dahulu di tahfiz, semuka hanya 15 minit. Mudah dan cepatkan. Sebab itulah saya berani cakap bahawa al-quran sangat-sangat istimewa.

Allah bukan sahaja menurunkan al-quran semata-mata untuk dihafal di samping ia menjadi kitab rujukan manusia, bahkan Allah telah menyediakan ganjaran yang sangat banyak kepada orang yang menghafalnya sama ada di dunia dan di akhirat. Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran mati kelaparan? Ada pernah dengar orang yang menghafal al-quran minta sedeqah? Kalau ada buktikan pada saya. Saya jamin tidak akan ada. Kalau ada pun mungkin dia menghafal al-quran tetapi akhlaknya bukan dari akhlak al-quran. Selain itu juga, orang yang menghafaz al-quran ini sangat mudah untuk menguasai ilmu yang dipelajarinya. Saya telah lihat banyak buktinya daripada beberapa orang sahabat saya yang menghafal al-quran. Mereka memasuki tahfiz selama beberapa tahun pada awalnya, di situ mereka langsung tidak diberi pendedahan mengenai subjek akademik seperti di sekolah-sekolah yang lain yang setiap harinya belajar akademik. Tetapi apabila tahun itu adalah tahun untuk mereka mengambil SPM, mereka belajar sendiri atau pun menumpang ke sekolah-sekolah agama dan sekolah harian biasa selama setahun dua lebih kurang. Apabila keputusan keluar sahaja, keputusan mereka amat-amat lah cemerlang berbanding pelajar-pelajar sekolah harian biasa yang setiap harinya adalah menghadap buku akademik semenjak dari tingkatan 1, ada yang dapat keputusan 10 A, ada yang dapat 9 A dan sebagainya. Junior saya mendapat 8 A baru-baru ini dan dia pun hendak belajar ke Jordan. Best kan al-quran tu. “Ustaz, kami cemburulah dengan pelajar-pelajar tahfiz, kami pun hendak hafal al-quran, tapi tidak berkesempatan” beberapa orang remaja mengadu. “Allah swt itu maha adil wahai saudaraku. Dia tetap akan memberi kebaikan pada siapa yang dikehendakinya. Kalau kita selalu membaca al-quran, beramal dengan isi kandungan al-quran, berakhlak dengan isi kandungan al-quran, istiqomah hafal sedikit demi sedikit. Insyaallah, pada hari kiamat nanti kamu pun akan dibangkitkan sebagai orang yang ahli al-quran juga sekaligus mendapat syafaat dari al-quran” jawab ku tenang.

Saya selitkan beberapa kelebihan orang yang menghafal al-Quran mengikut al-Quran dan As-sunnah.
Pertama : Ganjaran di dunia.
1. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T .
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.
Terdapat dalam sirah selepas perang Uhud, Nabi S.A.W mengutamakan seorang syahid yang banyak hafalan al-Qurannya. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda maksudnya: “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Al-Quran menjanjikan kebaikan.
Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud, “Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring.” Berdasarkan ayat ini ulama tafsir menyatakan kelebihan hafiz yang boleh membaca al-Quran dalam setiap keadaan. Ini berbeza dengan orang yang hanya boleh membaca melalui naskhah yang perlu disertakan dengan adab serta peraturan tertentu Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Kedua : Ganjaran di akhirat
1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Allah SWT juga memberi jaminan ganjaran kepada ahli keluarga bagi hafiz al-Quran sebagaimana Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa ibu bapa bagi penghafaz al-Quran akan dimuliakan di akhirat termasuk sepuluh orang ahli keluarga yang turut menumpang syafaat memasuki syurga. Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

 2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya : “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit).”(Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).

3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”. (Hadis Riwayat Tarmizi) kesimpulan Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya.

Pelbagai kajian dilakukan daripada dahulu sampai sekarang, berapa banyak rahsia-rahsianya telah dicungkil keluar. Kajian terhadapnya tidak akan habis sampai bila-bila. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai pun manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Tambahan pula orang yang menghafal dan membacanya selalu, maka bertambah-tambahlah keberkatan al-Quran di dalam kehidupannya dan kehidupan orang yang dekat dengannya. Jangan khuatir, jika kita tidak menghafal al-Quran, boleh jadi suami kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau isteri kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak. Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup. Sebab itu janji Allah swt

Dipetik daripada kiriman sahabat di  fb MTMA.

MAKLUMAT TERKINI PRESTASI HAFAZAN APRIL 2012

Assalamualaikum wr. wbth.
Buat masa ini pelajar telah di arahkan oleh Syeikh supaya menumpukan kepada hafazan lama dan menangguhkan hafazan baru bagi memantapkan lagi mutu hafazan bagi juzuk-juzuk yang lama. Di senaraikan disini maklumat hafazan terkini sehingga awal April ini. Semoga ibu bapa terus mendoakan anak-anak supaya terang hati dan mudah menghafal.

SENARAI MUTAKHIR HAFAZAN PELAJAR (APRIL 2012)

BIL
NAMA PELAJAR
SURAH TERKINI
BIL JUZ
PELAJAR LELAKI (BANIN)
1.       
ABDUL HARRIS BIN EFENDI
AL-JAASIYAH
5 JUZ
2.       
ABDUL KARIM KHALILI BIN SALEHAN
AS-SAAFFAT
7 JUZ
3.       
ABDULLAH AL-MUNZIR BIN ARIS HAZLAN
SURAH QAAF
5 JUZ
4.       
ADAM BUKHARI BIN MOHD RAZALI
AL-MULK
2 JUZ
5.       
AHMAD IMADDUDDEEN BIN AZHARI
AN-NAZI’AT
1 JUZ
6.       
AMIR FATHI BIN MUNAWIR
SURAH QAAF
5 JUZ
7.       
IMAN ZUL HAKIM BIN ZOLKIFLI AHMAD
AL-MUDATSIR
2 JUZ
8.       
ISMA UZAYR BIN MOHAMAD ZAMRI
AL-HASYR
3 JUZ
9.       
MEOR AQIL BIN AZNAM
AL-BAQARAH
29 JUZ
10.   
MOHD IZZAT MOHD TARMIZI
SURAH QAAF
5 JUZ
11.   
MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ROZAKI
AL-MUNAFIQUN
3 JUZ
12.   
MUHAMMAD AIDIEL BIN NURI
AN-NISA’
26 JUZ
13.   
MUHAMMAD AIMAN BIN ABDUL RAHMAN
AL-MUZAMMIL
2 JUZ
14.   
MUHAMMAD ALIF BIN ROSDAN
AS-SAFF
3 JUZ
15.   
MUHAMMAD AQILL BIN ASMADI
AL-JINN
2 JUZ
16.   
MUHAMMAD FAEZIM BIN ZAHID
AL-HASYR
3 JUZ
17.   
 MUHAMMAD FARIZ ABDUL RAZAK
YAASIN
8  JUZ
18.   
MUHAMMAD FATHIUDEEN BIN ZABIDI
AN-NAZI’AT
1 JUZ
19.   
MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS
SEDANG MURAJAAH
30 JUZ
20.   
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKARNAIN
AS-SAFF
3 JUZ
21.   
MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN ROSLE
AT-MUMTAHANAH
3 JUZ
22.   
MUHAMMAD MUSTAPHA BIN TAMILI
AL-BAQARAH
29 JUZ
23.   
MUHAMMAD NAIM BIN ABDUL RAHMAN
AN-NAJM
4 JUZ
24.   
MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLI
AL-HASYR
3 JUZ
25.   
MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABDUL RAHMAN
NUH
2 JUZ
26.   
MUHAMMAD ZAINUL IRFAN BIN ZAIM FAISAL
AL-HASYR
4 JUZ
27.   
MUHAMMAD ZHOORIFF BIN JAFNI
AL-WAAQI’AH
4 JUZ
28.   
MUHD ASYRAN BIN MOHD ASERI
ABASA
1 JUZ
29.   
MUHD HAFIZ BIN IRMAN SYAH
QURAISY
½ JUZ
30.   
MUHD SYAFIQ  SHAMSUL BADARI
AL-NAHL
17 JUZ
31.   
MUHD WAFI FAKHRUDDIN BIN ASRI
AL-INSYIQAQ
1 JUZ
32.   
MUSADDIQ BIN AZLI MUBARAK
AL-MUNAFIQUN
2 JUZ
33.   
NAZIRUL AFIQ BIN TAJUL ARIFIN
AT-TAHRIM
2 JUZ
34.   
SYED ARIFF HAIQAL BIN S. MOHD ZEFFUDIN           
AL-HADID
4 JUZ
35.   
 WAN MUHAMMAD HANIF BIN WAN ZULKIFLI
AL-FUSSILAT
7 JUZ
PELAJAR PEREMPUAN (BANAT)
1.       
NURAINIZAIYANTI BT IRMANSYAH
AL-QARI’AH
½ JUZ
2.       
HANNA HUMAIRA BT AZMI AL-ALWI
AL-JIN
2 JUZ
3.       
ALYA THOHEERAH BT AZMI AL-ALWI
AL-JIN
2 JUZ
4.       
SITI NOR FARHAH BT ROSLE
AL-MAA’RIJ
2 JUZ
5.       
FATINSYAHIRAH BT ROSLE
AL-MUDATSIR
2 JUZ
6.       
UMMI NAJDAH BT.ABDUL SAMAD
        AT-TALAQ
3 JUZ
7.       
WAN MADIHAH BT WAN ZULKIFLI
MARYAM
15 JUZ
8.       
NUR SHAHIRAH BINTI ZAINAL
    AL-NABA’
1  JUZ
9.       
SALMA NAJIHAH BT OSMAN
AL-ANBIYA’
14 JUZ
10.   
NUHA AKHYAR BT AMINNUDDIN
AL-A’RAAF
23 JUZ
11.   
NUR ADIBA BATRISYIA BT KHAIRUL AZIZI
AL-MUJAADILAH
3 JUZ
12.   
NUR ANIS NAJWA BT MOHD ASERI
AL-QASAS
11 JUZ
13.   
NUR ATIRRAH BT TUSIRIN
AL-ANKABUT
10 JUZ
14.   
NUR FATEHAH BT.RAZAK
     AL-JIN
2 JUZ
15.   
NUR QUDSIAH BT MOHD NOR KAMAR
AL-HAJJ
14 JUZ
16.   
NOR ATILA NAJIHAH BT. MOHD RAFFI
      AL-INSAN
2 JUZ
17.   
AFIFATUL AQILAH BINTI TAMILI
AN-NISA’
5 JUZ