Sunday 18 December 2011

BERITA TERKINI BULAN DISEMBER 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR BARU

Seramai 20 pelajar-pelajar baru yang terdiri daripada 18 pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan telah selamat menjejakkkan kaki ke bumi anbiya’ di lapangan terbang Cairo pada hari Jumaat 2 Disember 2011 dengan penerbangan Kuwait jam 3 petang. Malam sebelumnya ibu bapa dan saudara mara rombongan MTMA ke Mesir seramai 40 orang telah berkumpul di balai berlepas KLIA untuk  doa selamat beramai-ramai dan mengucapkan  selamat jalan. Rombongan ini telah singgah selama 5 jam di lapangan terbang Kuwait dan bersarapan di kafetaria lapangan terbang Kuwait. 



Ketibaan rombongan telah disambut oleh pegawai MTMA dan ahli keluarga.  Rombngan ini telah tiba di perkampungan pelajar di Markaz Ibrahimiyah, Sharqia pada jam 7 malam dan raikan dalam jamuan malam bersama kakitangan dan pelajar . Satu sambutan rasmi telah diadakan pada hari Jumaat  9 Disember petang yang antara lain di serikan dengan tayangan video yang memaparkan sejarah MTMA dan persembahan nasyid oleh huffaz MTMA.

Program pertama yang melibatkan pelajar baru ialah motivasi dan kembara mendaki bukit Tursina, menziarahi makam Nabi Harun dan Nabi Saleh, melawat Wadi Arbain, Hammam Musa dan Hammam Firaun di Sinai selama 2 hari pada 3 dan 4 Disember 2011.










   Senarai penuh pelajar baru MTMA sesi Disember 2011 adalah seperti berikut:-
NO
NAME
NEGERI
UMUR
1.    
ABDUL HAKIM BIN MUHAMAD AZMI
KULIM, KEDAH
16 THN
2.    
ABDULLAH AL-MUNZIR BIN ARIS HAZLAN
BENTONG, PAHANG
12 THN
3.    
ADAM BUKHARI BIN MOHD RAZALI
CHERAS, SELANGOR
12 THN
4.    
AFIFATUL AQILAH BINTI TAMILI
SHAH ALAM, SELANGOR
13 THN
5.    
AMIR FATHI BIN MUNAWIR
SHAH ALAM, SELANGOR
14 THN
6.    
IMAN ZUL HAKIM BIN ZOLKIFLI AHMAD
CHEMOR, PERAK
1O THN
7.    
ISMA UZAYR BIN MOHAMAD ZAMRI
BENTONG, PAHANG
12 THN
8.    
MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ROZAKI
SHAH ALAM, SELANGOR
12 THN
9.    
MUHAMMAD ALIF BIN ROSDAN
IPOH, PERAK
12 THN
10.         
MUHAMMAD AQILL BIN ASMADI
MACHANG, KELANTAN
13 THN
11.         
MUHAMMAD FAEZIM BIN ZAHID
SEPANG, SELANGOR
12 THN
12.         
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZULKARNAIN
KAJANG, SELANGOR
11 THN
13.         
MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN ROSLE
SETAPAK, K.LUMPUR
12 THN
14.         
MUHAMMAD NAIM BIN ABDUL RAHMAN
SG. BULOH, SELANGOR
13 THN
15.         
MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROSLI
PURUN, PAHANG
15 THN
16.         
MUHAMMAD ZHOORIFF BIN JASNI
BENTONG, PAHANG
12 THN
17.         
MUSADDIQ BIN AZLI MUBARAK
SENTUL, K. LUMPUR
12 THN
18.         
NUR ADIBA BATRISYIA BT KHAIRUL AZIZI
PUCHONG, SELANGOR
12 THN
19.         
NUR MUHAMMAD HAKIM BIN ZAINI
KELANG, SELANGOR
13 THN
20.         
SYED ARIFF HAIQAL BIN S. MOHD ZEFFUDIN
KELANA JAYA, SELANGOR
12 THN

 





REHLAH IBADAH IBU BAPA PELAJAR KE BUMI ANBIYA’
Seramai 20 orang ahli keluarga pelajar MTMA yang tediri  daripada ibu bapa dan saudara mara pelajar MTMA telah mengikuti program rehlah ibadah tahunan yang  dianjurkan oleh MTMA bagi  memberi peluang  kepada ahli keluarga pelajar untuk bersilaturrahim dan mengikuti program lawatan bersama semua pelajar dan kakitangan menggunakan konsep kekeluargaan. Tempat-tempat bersejarah yang telah dilawati oleh rombongan ini selama 12 hari adalah Bukit Tursina, makam Nabi Ilyas, ukiran patung Samiri, wadi Arbain, Hammam Musa, Hammam Firaun di Sinai.  Rombongan ini telah bermalam di asrama anak-anak yatim Darul Hasanah dan rumah tetamu Kerajaan Negeri Terengganu di Kompleks Hayyu ‘Asyir, Madinatul Nasr. Tempat-tempat yang dilawati selama 2 hari di Kaherah ialah Makam Imam Shafie, Masjid Empat Mazhab, Makan Saidatina Nafisah (cicit  Rasulullah), Makam Saidina Hussein, Masjid Al-Azhar, Kilang Kristal Asfour, Tasik Qarun, dan Piramid.

Pengembaraan dilanjutkan dengan bermalam di Marsa Matrouh. Tempat bersejarah yang telah dilawati adalah lokasi pertemuan Laut Merah dengan Sungai Nil di Ra’sul Barr, Dumyat, sambil menyusuri Sungai Nil dengan menaiki feri perkhidmatan tempatan. Pengembaraan diteruskan ke Makam Nabi Daniel dan Luqmanul Hakim, Makam Sahabat Rasulullah Abu Darda’ serta Kompleks Makam Wali-Wali Allah dan ahli bait Rasulullah di Iskandariah. Dalam perjalanan pulang ke asrama MTMA, ahli rombongan ini juga telah diraikan dengan jamuan Nasi  Beriani Yaman di rumah pelajar di Mansurah.

Kemuncak lawatan adalah acara membeli belah di bandar Zaqaziq dan antara barangan yang menjadi tumpuan mereka adalah karpet, buah-buahan, minyak wangi dan pakaian. Sebelum meninggalkan bumi Anbiya’ ini, rombongan turut melawat Maahad Makkah al-Mukarramah menghadiri majlis ujian hafazan 30 juzuk al-Qur’an oleh 3 orang huffaz MTMA iaitu Iman bt Aminnudin, Muhammad Adib bin Rosdan dan Nur Shafiqah bt Zulkiflee.  Majlis gotong-royong  memasak nasi beriyani  kambing telah diadakan yang ditaja oleh keluarga pelajar Afifatul Aqilah bt Tamili dan Nur Shafiqah bt Zulkiflee.

SELAMAT BERJUANG DI TANAH AIR HUFFAZ MTMA
3 orang pelajar MTMA iaitu Iman bt Aminuddin, Muhammad Adib Rosdan dan Nur Shafiqah Zulkiflee telah memduduki ujian akhir hafazan 30 juzuk al-Qur’an selepas 2 tahun bertungkus lumus menjadi pelajar MTMA.  Dalam peperiksaan yang telah dikendalikan oleh mudir Maahad Makkah al-Mukarramah, ketiga-tiganya telah lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan dengan sijil tahfiz al-Azhar asy-Syarif, Mesir. Mereka telah selamat pulang ke Malaysia dengan ahli keluarga mereka pada 11 Disember 2011. Selamat meneruskan perjuangan di tanah air.

TAHNIAH KEPADA HAFIDZ BARU
MTMA mengucapkan tahniah kepada  Azizi bin Saim al-Hafidz berumur 18 tahun  dari Sitiawan, Perak yang telah berjaya  menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di MTMA kurang dari 12 bulan (23 Disember 2010 – 10 Disember 2011). Majlis doa selamat sempena khatam telah diadakan di Masjid Maahad Makkah yang dihadiri oleh Masyaikh dan pelajar yang dipimpin oleh pakar al-Quran dan taranum MTMA, Fadhilatul Syeikh Osman Azzazi Hafizullah.  Semoga diberkati Allah swt.

SENARAI MUTAKHIR HAFAZAN PELAJAR SEHINGGA 15 DISEMBER 2011

MUHAMMAD FARIZ ABDUL RAZAK
9 JUZUK
  1.  
WAN ABDUL HANIF BIN WAN ZULKIFLI
6 JUZUKI

  1.  
MUHAMAD ADAM BIN MANSOR
6 JUZUK

  1.  
MEOR AQIL BIN AZNAM
23 JUZUK

  1.  
MOHD AFIFUDDIN BIN ABDUL RAHIM
TAMAT 30 JUZUK

  1.  
AZIZI BIN SAIM
TAMAT 30 JUZUK

  1.  
MUHAMMAD SIDIQ BIN AZERO
27 JUZUK

  1.  
MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD IDRIS
24 JUZUK

  1.  
AHMAD FAZRUL BIN OSMAN
14 JUZUK

  1.  
ABDUL KARIM KHALILI BIN SALEHAN
7 JUZUK

  1.  
MUHAMMAD MUSTAPHA BIN TAMILI
26 JUZUK

  1.  
MUHAMMAD AIDIEL BIN NURI
21 JUZUK

  1.  
ABDUL HARRIS BIN EFENDI
3 JUZUK

  1.  
WAN MADIHAH BT WAN ZULKIFLI
13 JUZUK

  1.  
NUR ATIRRAH BT TUSIRIN
8 JUZUK

  1.  
NUR ANIS NAJWA BT MOHD ASERI
7 JUZUK

  1.  
SALMA NAJIHAH BT OSMAN
11 JUZUK

  1.  
NUR QUDSIAH BT MOHD NOR KAMAR
10 JUZUK

  1.  
NUHA AKHYAR BT AMINNUDDIN
19 JUZUK