Thursday 29 September 2011

KEMASKINI PENCAPAIAN HAFAZAN PELAJAR MTMA UNTUK BULAN SEPTEMBER

PELAJAR BANIN
  1. Abdul Karim B Solehan                                   =   5 Juz
  2. Muhd Fariz B Abdul Razak                            =   7 Juz
  3. Muhammad Fawwaz B Muhammad Idris =  19 Juz
  4. Mohd Shafiq B Shamsul Badari                    = 16 Juz
  5. Muhammad Siddiq B Azero                           =  24 Juz
  6. Aidiel B Mat Nuri                                               = 10  Juz
  7. Muhammad Adib B Rosdan                           =   27 Juz
  8. Nur Adam Mushrif B Mansor                        =   5  Juz
  9. Muhammad Afifuddin B Abdul Rahim      =   30 Juz (insyaAllah khatam bila-bila masa)
  10. Muhammad Mustafa B Tarmili                    =   23 Juz
  11. Ahmad Fazrul B Osman                                  =   10 Juz
  12. Azizi B Sa'im                                                      =    21 Juz
  13. Meor Muhammad Aqil bin Meor Aznam    =   18 juz
  14. Wan Hanif bin Wan Zulkifli                           =     6 juz

PELAJAR BANAT
  1. Imaan Bt Aminuddin                                     = telah khatam 30 Juz (sedang mengulangkaji untuk    peperiksaan pada awal Disember))
  2. Nur Shafiqah Bt Zulkifle                               =   telah khatam 30 Juz (sedang mengulangkaji untuk peperiksaan pada awal Disember)
  3. Salma Najihah Bt Osman                              =    9 Juz
  4. Wan Madihah Bt Wan Zulkifle                     =  12 Juz
  5. Nur Anis Najwa Bt Mohd Aseri                    =     6 Juz
  6. Nur Qudsiah Bt Mohd Nor Kamar               =   7 Juz
  7. Nur Athirah Farhanah Bt Tusirin                =    6 Juz
  8. Nuha Akhyar Bt Aminuddin                         =   15 Juz

Lawatan Sambil Belajar Mahasiswi Jordan sempena cuti musim panas 2011

3 mahasiswi dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan telah menghabiskan cuti musim panas mereka selama 5 minggu bermula dari 10 ogos-16 sept.2011 di MTMA, Sharqiah.
1)   Nurul Hasanah bt. Tamili        -   Ekonomi
2)   Nik Aqilah bt Nik Mohd Azam  -   Ekonomi
3)   Dhabitah Panjaitan bt. Maruli  -   Bahasa Arab
 
Mereka telah mengikuti program sepenuh masa tahfiz al quran,  belajar feqah dan tajwid bersama-sama pelajar MTMA mengikut jadual pembelajaran harian yang sedia ada.  Mereka juga telah diberi peluang mengadakan program motivasi untuk pelajar MTMA.   Antara aktiviti lain yang mereka turut serta adalah:
 
1)   Solat Aidilfitri di padang majlis perbandaran yang berhampiran dan program rumah terbuka untuk pelajar dan masyarakat arab sekitar.
 
 
 
2)   Program rehlah
 
a)  Ke Marsa Matrouh yang terletak lebih kurang 800 km dari MTM. Mereka turut terlibat dalam aktiviti  riadhah ringan yang diadakan di tepi laut khusus untuk pelajar banat . Rehlah selama empat hari 3 malam ini berakhir dengan singgah ziarah di Iskandariah. Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Nabi Danial yang di dalamnya terletak makam Nabi Danial dan Luqman al Hakim.
 
Lawatan  diteruskan dengan menziarahi makam sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Darda', kemudian ke makam cicit Saidina Ali k.w,  bersiar-siar di Qol'ah (kubu pertahanan) dan pusat bandar Iskandariah bagi melihat kesan peninggalan keagungan Islam di Mesir. 
 
Lawatan yang kedua ialah  Dumyat, Mansourah,  Antara tempat yang dilawati di Dumyat ialah Ra'sul Barr yang merupakan tempat berakhirnya Sungai Nil yang bermula di tengah Afrika yang bertemu dengan Laut Mediterranean. Kawasan  ini juga dikatakan sebag  itempat pertemuan dua lautan  seperti yang disebuat dalam al Quran surah Ar-Rahman, ayat 19.  Turut dilawati adalah Kampus Universiti Al-Azhar di bandar baru Dumyat.  Lawatan ini di akhiri dengan ziarah dan makan malam di rumah Persatuan Pelajar Perubatan Mansurah serta bersiar-siar menaiki kapal pesiaran di Sungai Nil yang terletak pusat bandar Mansurah. 
 
Ziarah diteruskan dengan melawat kincir Nabi Musa di bandar Fayyum, singgah di Tasik dan istana Qarun, melawat Piramid di Giza,  kilang kristal Asfour di Syubra Khemah.  Lawatan terakhir adalah menziarahi  makam Imam Syafi'e,  Masjid 4 mazhab,  makam Sayyidah Nafeesah (cicit rasulullah s.a.w),  ,  masjid Sayyidina Husain,  Masjid University Al Azhar,  asrama rumah melayu (ARMA) di Abbasiyyah dan melawat Kompleks rumah Pelajar Malaysia di Hayyu Ashir Nasr City.
 
Semoga lawatan mereka penuh dengan manfaat dan diberkati Allah. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada MTMA untuk menguruskan program percutian ini

AL HAFIZAH NUR SHAFIQAH BT ZULKIFLE

 
MTMA mengucapkan tahniah kepada Al Hafizah Nur Shafiqah bt Zulkifle dan keluarga dari Shah Alam yang dengan izin Allah s.w.t telah menamatkan hafazan al Quran dalam tempoh 22 bulan bermula dari 25 nov 2009 .  Majlis khatam ini telah diadakan pada pada hari khamis 22 September 2011 bersamaan dengan 24 Syawwal 1432 yang diserikan dengan bacaan doa khatam al Quran oleh guru pakar tahfiz al Quran merangkap imam besar Masjid MTMA  Al-Fadhil Syeikh Osman Ali Azzazi yang pernah bertugas sebagai imam di Makkah al Mukarramah dan negeri Terengganu Darul Iman,Malaysia. Didoakan semoga kejayaan ini akan diberi keberkatan yang abadi di dunia dan akhirat dan akan menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar MTMA yang lain,amin...

Pelajar Malaysia(Muhammad Sidiq bin Azero) Berkhutbah di TV Al-Hafiz Mesir

        Pada 8 Mei 2011 yang lalu, TV Al Hafiz Kaherah saluran TV 24 jam Mesir telah mengadakan Pertandingan membaca khutbah antara pelajar tahfiz Mesir - Malaysia.Siaran tersebut telah disiarkan secara langsung dan pihak MTMA amat berbangga kerana wakil pelajar kita MUHAMMAD SIDDIQ AZERO iaitu pelajar dari Teluk Intan mendapat kedua.  Beliau telah membaca khutbah dalam bahasa Arab yang telah disediakan oleh Syeikh Faraj Imarah bertajuk "Taat kepada Rasul". Pihak MTMA mengucapkan tahniah kepada Muhammad Siddiq kerana berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut dan sekaligus mengharumkan nama MTMA dan khususnya keluarga beliau di Teluk Intan. Semoga pengalaman ini dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan bahasa Arab beliau serta menjadi perangsang kepada pelajar MTMA yang lain.  Di sini di paparkan sedutan Pertandingan Membaca Khutbah yang disiarkan secara langsung di TV Al-Hafiz Kaherah.

Saturday 24 September 2011

TV AlHafiz Kaherah

Alhamdulillah, kami diberi peluang dan jalan untuk mendapatkan sedutan dari TV Al Hafiz Kaherah yang memaparkan penyertaan pelajar-pelajar MTMA dalam Pertandingan Membaca Al Quran pada bulan Ramadhan yang lepas. Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang amat berharga buat pelajar-pelajar tersebut dan satu pengiktirafan kepada MTMA secara umumnya. Semoga setiap pelajar akan memperbaiki mutu bacaan mereka dan menggunakan setiap kesempatan yang ada di sana bagi menambah ilmu al Quran. Di harap semua mendoakan kejayaan pelajar-pelajar di sana.



Pelajar Malaysia Dalam TV AL Hafiz Kaherah

Alhamdulillah, sekali lagi pelajar-pelajar MTMA telah dimuliakan Allah kerana diberi peluang untuk menyertai musabaqah membaca al Qur'an anjuran TV alHafiz Kaherah pada 13 September 2011 baru-baru ini.  4 pelajar MTMA telah mewakili kumpulan pelajar Malaysia Maahad Makkah AlMukarramah iaitu:-
1.   Ahmad Fazrul bin Osman
2.   Muhammad Siddiq bin Azero
3.   Muhammad Adib bin Rosdan
4.   Muhammad Fariz bin Abdul Razak.
5.   Khalid Muhammad Ahmad (Warden MTMA)
Pertandingan ini telah disiarkan secara langsung di TV AlHafiz Kaherah dan para pelajar MTMA telah dianugerahkan sijil penghargaan.

Kami berasa amat bangga kerana mendapat perhatian daripada pihak TV AlHafiz Kaherah dan diharap pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi mutu bacaan alQuran dan juga hafazan masing-masing.

Pertandingan Tilawah alQuran di TV alHafiz Kaherah (Bahagian 1)

Tuesday 20 September 2011

SESI AKADEMIK MTMA 2011/2012

Assalamualaikum kepada semua ibu bapa pelajar MTMA.
Dimaklumkan bahawa sesi baru akademik bagi tahun 2011/2012 bermula pada 18 September 2011 dan seramai tujuh pelajar tahfiz MTMA akan meneruskan pengajian mereka dalam bidang akademik di samping meneruskan hafazan masing-masing. Mereka adalah:
1.   MUHAMMAD FARIZ BIN ABDUL RAZAK         -  I'DADI 1(TINGKATAN 1)
2.   WAN HANIF BIN WAN ZULKIFLI                       -  I'DADI 2 (TINGKATAN 2)
3.   AIDIEL BIN MAT NURI                                         -  I'DADI 2 (TINGKATAN 2)
4.   IMAAN BT AMINUDDIN                                      -  I'DADI 3 (TINGKATAN 3)
5.   SA'ADIAH BT MD IDRIS                                       -  I'DADI 3 (TINGKATAN 3)
6.   WAN MADIHAH BT WAN ZULKIFLI                  -  I'DADI 3 (TINGKATAN 3)
7.   NUHA AKHYAR BT AMINUDDIN                       -  IBTIDAIE 6 (DARJAH 6)

Pelajar-pelajar tersebut akan menghadiri sesi persekolahan akademik pada sebelah pagi dan menyambung aktiviti hafazan mereka selepas zohor.

PERTANDINGAN MEMBACA KHUTBAH ANJURAN TV AL HAFIZ KAHERAH

Pada 8 Mei 2011 yang lalu, TV al Hafiz Kaherah saluran tv 24 jam mesir telah mengadakan pertandingan membaca khutbah antara pelajar tahfiz Mesir - Malaysia.Siaran tersebut telah disiarkan secara langsung dan pihak MTMA amat berbangga kerana wakil pelajar kita MUHAMMAD SIDDIQ AZERO iaitu pelajar dari Teluk Intan mendapat kedua.  Beliau telah membaca khutbah dalam bahasa Arab yang telah disediakan oleh Syeikh Faraj Imarah bertajuk "Taat kepada Rasul". Pihak MTMA mengucapkan tahniah kepada Muhammad Siddiq kerana berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut dan sekaligus mengharumkan nama MTMA dan khususnya keluarga beliau di Teluk Intan. Semoga pengalaman ini dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan bahasa Arab belaiu serta menjadi perangsang kepada pelajar MTMA yang lain.

Sunday 18 September 2011

AL-HAFIZAH IMAAN

ADIK IMAAN
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Tiada pujian seindah pujian pada yang esa menggambarkan kesyukuran di hati apabila adik IMAAN BT.AMINUDDIN telah menamatkan hafazan al-qurannya dalam jangka masa yang amat membanggakan.Pertama kali menjejakkan kaki di bumi barakah ini pada mac 2010 dan telah berjaya mengkhatamkan al quran pada julai 2011.
Anak kelahiran perak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah rendah islam hidayah dan kemudiannya menyambung di bahagian menengah selama tiga bulan.Di antara rahsia kejayaannya ialah berdisiplin dan seorang yang sangat menghargai masa.Tidak hairanlah apabila pelajar-pelajar di sini sering mencemburui kerajinannya.Anak ke-7 dari lapan beradik ini merupakan cahayamata kepada pasangan EN.AMINUDDIN dan PUAN RAFIDAH.Didoakan semoga adik imaan sentiasa istiqamah di atas landasan ini dan penulis mengucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA AL-HAFIZAH.

Wednesday 7 September 2011

PUASA SUNAT SYAWAL

Setelah selesai aktiviti rehlah selama 3 hari 2 malam, pelajar telah selamat kembali ke asrama dan meneruskan pembelajaran tahfiz. Dalam keadaan yang masih di musim panas, para pelajar meneruskan tanggungjawab mencari pahala dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Semua pelajar telah diwajibkan berpuasa dan seperti biasa mereka akan dibangunkan untuk qiyamulail pada jam 4 pagi dan kemudian bersahur sebelum menjelang subuh. Sama-samalah kita doakan anak-anak di sini dapat memanfaatkan suasana tersebut dan belajar menjadikannya sebagai sebagai sebahagian rutin ibadah mereka.

Monday 5 September 2011

AKTIVITI REHLAH BERKALA

         Aktiviti Rehlah berkala diadakan tiga bulan sekali iaitu biasanya pada bulan Mac, Jun, September dan rehlah kemuncaknya pada bulan Disember. Biasanya pelajar akan di bawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Mesir terutama tempat bersejarah, tempat perkelahan, kawasan rekreasi dan sebagainya. Aktiviti rehlah merupakan acara yang di nantikan oleh pelajar kerana mereka perlukan satu ruang masa untuk melepaskan tekanan yang dihadapi selama aktiviti hafazan dan pembelajaran dijalankan. Biasanya aktiviti rehlah dijalankan selama 3 hari 2 malam di mana pelajar akan bermalam di tempat-tempat yang di sediakan oleh pihak pengurusan Maahad.Mereka juga akan di iringi oleh para warden dan juga guru-guru serta syeikh al Quran yang bersama dalam ziarah tersebut. 

            Dalam hal ini persiapan rapi yang melibatkan pengangkutan, makluman kepada pihak polis dan persiapan makanan akan di uruskan bersama dengan pihak Maahad dan juga pihak pengurusan  MIQAT Consultant yang bertanggungjawab menguruskan persiapan. Aktiviti rehlah kemuncak pada bulan Disember juga melibatkan aktiviti ziarah dari ibu bapa di Malaysia di mana pihak ibu bapa juga akan disediakan pakej ziarah bersama anak-anak tahfiz. Para ibu bapa akan disediakan tempat tinggal, makanan dan mengikuti aturcara bersama pelajar terutama ke TURSINA. Acara ini merupakan acara tahunan yang amat di gemari oleh pelajar di mana mereka didedahkan pengalaman ziarah ibadah dan menghayati kehidupan para Nabi dan mengikuti jejak-jejak mereka dalam rehlah tersebut. Di harapkan juga pengalaman ziarah ini dapat memberikan mereka gambaran cerita yang terdapat dalam alQuran bagi memudahkan mereka menghafaz di samping memberikan pengalaman yang menarik dalam proses kehidupan mereka sebagai pelajar MTMA, insyaAllah.


Lawatan ke piramid di Giza yang menjadi satu kemestian kepada ibu bapa 



Hammam Firaun (Gua berwap panas di Sinai)
Pelajar berpeluang menunaikan solat sunat di tempat munajat Nabi Musa di puncak Tursina


Tinggalan Istana Firaun di Fayyum

Kapal Kargo sedang menelusuri Terusan Suez (berhampiran pagar hotel Kampung Olimpik, Suez)

Di hadapan mulut gua Hammam Firaun

Tinggalan dua belas  mata air berhampiran Wadi Musa, Tursina

AKTIVITI HARIAN PELAJAR MTMA

Aktiviti hafalan pelajar tahfiz bermula selepas subuh di Masjid Zoghly iaitu masjid umum  yang terletak lebih kurang 30 meter dari asrama penginapan pelajar. Pelajar akan diawasi dan dibimbing oleh pembantu syeikh selama lebih kurang satu jam setengah.

Pelajar sedang menikmati sarapan selepas aktiviti hafazan


Makan tengah hari selepas hafazan di Maahad Makkah


Pelajar banin sedang beriadhah pada sebelah petang menggunakan kemudahan ruang bermain di Maahad Makkah

Aktiviti hafazan di Masjid Makkah alMukarramah dari jam 8.30 pagi sehingga zohor  






Friday 2 September 2011

PROGRAM REHLAH AIDIL FITRI

Program rehlah adalah acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar MTMA. Setelah jenuh dan lelah dengan aktiviti hafazan, mereka amat memerlukan ruang masa untuk santai dan melepaskan perasaan. Setiap 3 bulan sekali, acara ini akan dilaksanakan dengan pengurusan pihak MIQAT CONSULTANT di bawah Ustadz Muhammad Idris. Pada hari raya tahun ini, mereka di bawa untuk bergembira di tepian pantai MARSA MATRUH, sebuah tempat percutian di tepi laut. Rehlah bermula pada petang hari Jumaat dan berakhir pada Ahad 4 September. Di sana banin dan banat akan mengikuti acara sukaneka, riadhah dan acara bebas di tepi pantai. Semoga pelajar MTMA akan lebih bersemangat untuk menghafal setelah kembali daripada rehlah nanti.  Gambar-gamabr akan disertakan dalam masa yang terdekat.

SAMBUTAN DAN AKTIVITI HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelajar-pelajar tahfiz MTMA telah merayakan sambutan aidil fitri dengan sederhana tetapi penuh kemeriahan pada 30 Ogos 2011 yang lalu. Bermula selepas selesai solat subuh, mereka telah bersiap-siap menuju ke padang yang berada di tengah pekan Ibrahimiyyah untuk mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.   Setelah selesai solat, mereka beramai-ramai kembali berkumpul di asrama untuk menikmati juadah hari raya yang disediakan.Disertakan di bawah beberapa keping gambar yang sempat dirakam sewaktu pagi raya.


















Selepas para pelajar selesai manjamu selera selera di pagi raya,program meraka diteruskan dengan program yang dipanggil "Syawal Game" ataupun kata singkatan "SaGa". Pada program Saga,para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:-

1) Kumpulan Tabuk = Muhammad Siddiq B Azero(ketua),Nur Adam Mushrif B Mansor,Mohd Shafiq B Shamsul Badari,Muhammad Fawwaz B Muhammad Idris

2) Kumpulan Badar = Muhammad Mustafa B Tarmili(ketua),Abdul Karim B Solehan,Wan Hanif bin Wan Zulkifli,Muhammad Afifuddin B Abdul Rahim

3) Kumpulan Ahzab = Ahmad Fazrul B Osman(ketua),Muhd Fariz B Abdul Razak,Aidiel B Mat Nuri,Muhammad Adib B Rosdan

4) Kumpulan Hunain = Nur Shafiqah Bt Zulkifle(ketua),Nuha Akhyar Bt Aminuddin,Wan Madihah Bt Wan Zulkifle,Nur Qudsiah Bt Mohd Nor Kamar

5) Kumpulan Yarmouk = Nur Athirah Farhanah Bt Tusirin(ketua),Nur Anis Najwa Bt Mohd Aseri,Imaan Bt Aminuddin,Salma Najihah Bt Osman

Program SaGa terbahagi kepada dua iaitu program indoor pada sebelah pagi dan program outdoor pada sebelah petang.Program indoor terdiri dari kuiz-kuiz yang berkaitan dengan segala yang telah dipelajari oleh para pelajar seperti feqah,tajwid,sejarah islam,al-quran dan sebagainya.Berikut adalah markah untuk program indoor :-
1) Kumpulan Tabuk = 60 Markah
2) Kumpulan Badar = 70 Markah
3) Kumpulan Ahzab = 64 Markah
4) Kumpulan Hunain = 62 Markah
5) Kumpulan Yarmouk = 67 markah

Pada sebelah petang,program outdoor telah selamat dilaksanakan.Program outdoor yang diberi nama Ibrahimiya Explorace diadakan dengan setiap kumpulan diberi klue dan mereka perlu mencari nama tempat yang terletak dalam klue tersebut dan pergi ke tempat yang dimaksudkan.Setelah sampai di tempat tersebut mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ajk di tempat atau checkpoint tersebut,sekiranya mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan klue yang seterusnya akan diberikan tetapi jika mereka gagal maka penalti selama 5 minit akan dikenakan.Sebanyak 5 checkpoint telah ditetapkan oleh pihak ajk dan setiap check mempunyai permainan yang tersendiri.Berikut adalah keputusan untuk program Ibrahimiya Explorace :-
1) Kumpulan Tabuk = 0 Markah
2) Kumpulan Badar = 30 Markah
3) Kumpulan Ahzab = 11 Markah
4) Kumpulan Hunain = 11 Markah
5) Kumpulan Yarmouk = 1 markah

Markah keseluruhan adalah seperti berikut
1) Kumpulan Tabuk = 60 Markah
2) Kumpulan Badar = 100 Markah
3) Kumpulan Ahzab = 75 Markah
4) Kumpulan Hunain = 73 Markah
5) Kumpulan Yarmouk = 68 markah

Pada malam hari telah berlansung majlis penyampaian hadiah bagi kumpulan yang berjaya dan kumpulan yang mendapat 3 tempat yang terendah telah dikenakan denda.Kumpulan 3 terendah dikehendaki membuat persembahan. Kumpulan Tabuk telah membuat persembahan ceramah dan takbir raya manakala kumpulan Hunain dan Yarmouk telah membuat persembahan impromtu speech.Walaupun ianya hanya sebuah pertandingan yang kecil,namun para pelajar menunjukkan bakat dan kesungguhan masing-masing untuk menjuarai pertandingan ini.Harapan supaya amalan ini diterima di sisi Tuhan sebagai amalan jariah lagi diberkati.