Monday 29 August 2011

Iktikaf 10 terakhir ramadhan

Pada 29 Ogos 2011 telah selamat berakhirnya program iktikaf 10 terakhir ramadhan untuk para pelajar banin MTMA. Program iktikaf 10 terakhir ramadhan ni bermula secara rasminya pada 20 ramadhan 1432 bersamaan 20 ogos 2011 di Masjid Ma'ahad Makkah.

Program iktikaf ini diadakan bertujuan untuk mencari lailatul qadar yang mana Allah SWT telah menjanjikan di dalam kitabnya bahawa malam ini lebih baik dari 1000 bulan.(Al-Qadr)

Sepanjang program iktikaf ini berlansung, para pelajar hanya dibenarkan pulang ke rumah untuk mempersiapkan diri diantara waktu maghrib dan isya' sahaja.
Para pelajar dikejutkan seawal jam 2 pagi untuk menunaikan solat-solat sunat seperti tahajjud, tasbih, hajat taubat. Kemudian para pelajar terus makan sahur dan menunaikan solat subuh di Masjid Ma'ahad Makkah.

Disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program iktikaf ini berlangsung. Semoga Allah menerima amalan dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita semua.




Diharapkan dengan kesungguhan yang ditunjukkan para pelajar sepanjang program diganjari oleh Allah dengan ganjaran yang lumayan dan diterima di sisiNya.

Saturday 27 August 2011

UPDATE TERKINI BILANGAN JUZ HAFALAN PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ MTMA UNTUK OGOS 2011

PELAJAR BANIN
  1. Abdul Karim B Solehan                                = 4 Juz
  2. Muhd Fariz B Abdul Razak                          = 7 Juz
  3. Muhammad Fawwaz B Muhammad Idris = 16 Juz
  4. Mohd Shafiq B Shamsul Badari                   = 15 Juz
  5. Muhammad Siddiq B Azero                         = 21 Juz
  6. Aidiel B Mat Nuri                                            = 10 Juz
  7. Muhammad Adib B Rosdan                        = 24 Juz
  8. Nur Adam Mushrif B Mansor                     = 4 Juz
  9. Muhammad Afifuddin B Abdul Rahim      = 27 Juz
  10. Muhammad Mustafa B Tarmili                  = 20 Juz
  11. Ahmad Fazrul B Osman                              = 8 Juz
  12. Azizi B Sa'im                                                  = 19 Juz
  13. Meor Muhammad Aqil bin Meor Aznam  =   17 juz
  14. Wan Hanif bin Wan Zulkifli                         =      6 juz

PELAJAR BANAT
  1. Imaan Bt Aminuddin                                     = 30 Juz
  2. Nur Shafiqah Bt Zulkifle                               = 29 Juz
  3. Salma Najihah Bt Osman                              = 8 Juz
  4. Wan Madihah Bt Wan Zulkifle                     = 10 Juz
  5. Nur Anis Najwa Bt Mohd Aseri                    = 4 Juz
  6. Nur Qudsiah Bt Mohd Nor Kamar               = 6 Juz
  7. Nur Athirah Farhanah Bt Tusirin                = 5 Juz
  8. Nuha Akhyar Bt Aminuddin                         = 15 Juz

Friday 19 August 2011

PRASARANA MTMA

Program Thafiz ini dilengkapkan dengan beberapa prasarana yang memadai dan mencukupi untuk menempatkan para pelajar:
:: Bangunan Asrama 5 tingkat
Kelas Feqah/ Bahasa/ Hafazan di tingkat 3 bangunan asrama
Ruang permainan ping pong (Ruang sementara kerana ruang riadhah dalaman sedang disiapkan di tingkat 5)
Ruang asrama yang menempatkan katil 2 tingkat pelajar
Kemudahan bilik air dan wudhu di ruang belajar tingkat 3
Dapur untuk penyediaan makanan para pelajar (Terdapat 2 tukang masak Mesiryang mempunyai kebolehan memasak makanan Malaysia)

Kelas hafazan selepas solat subuh di Masjid Zoghly (30 meter dari asrama)
Aktiviti hafazan pelajar banat di Masjid Zoghly selepas subuh

Wednesday 17 August 2011

Warkah Pembuka

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

PENGENALAN:

Program ini telah dimulai pada tahun 1999 untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia menghafal 30 juzuk al-Qur'an di samping mempelajari bahasa Arab dan Feqah di bawah bimbingan guru-guru dan Syeikh yang bertauliah dari maahad al-Azhar.

Syeikh Osman Azazil (Ketua Bahagian Tahfiz)
Syeikh Farag (Ketua Pengurusan Modul Pembelajaran Pelajar)

TEMPAT BELAJAR:

Pembelajaran tahfiz diadakan di masjid Maahad Makkah AlMukarramah, Markaz Ibrahimiyyah manakala kelas Bahasa Arab dan Feqah diadakan di kelas bangunan asrama pelajar Malaysia di Ibrahimiyyah.
Ruang serba guna tingkat bawah untuk perjumpaan dan ruang makan
Kelas tingkat 3 di bangunan asrama

MODUL PEMBELAJARAN:

Terbahagi kepada dua bahagian :
a) Tahfiz dan bahasa Arab serta feqah bagi tahun pertama
Pada tahun pertama kemasukan pelajar, mereka hanya akan mengambil tahfiz dan bahasa Arab serta Feqah sahaja yang akan dikendalikan secara intensif. Pelajar akan didedahkan dan dimahirkan dengan aspek hafazan dan bahasa Arab dan pelajar tidak perlu mengikuti pembelajaran rasmi di Maahad. Walau bagaimanapun, peperiksaan bulanan tetap akan di adakan dan guru-guru maahad yang dilantik akan mengadakan pembelajaran tidak rasmi di kelas bangunan asrama pelajar Malaysia.

b) Pembelajaran akademik dan tahfiz di Maahad Makkah AlMukarramah.
Setelah selesai tahun pertama, pelajar akan didaftarkan sebagai pelajar maahad secara rasmi dan diwajibkan mengikuti pembelajaran rasmi di Maahad bersama pelajar-pelajar Mesir. Pelajar akan mengikuti jadual persekolahan rasmi pada sebelah pagi hinga tengahari manakala pembelajaran tahfiz akan disambung di kelas asrama pada sebelah petang hingga malam.

JANGKAMASA PENGAJIAN:

Pelajar diberi masa 2 tahun untuk menamatkan hafazan dan akan dianugerahkan sijil hafazan yang mempunyai pengesahan cop mohor al Azhar daripada pihak Maahad jika berjaya.


KEISTIMEWAAN PROGRAM:

* pemberian sijil dengan pengesahan cop alAzhar
* kemudahan asrama 5 tingkat dengan pengawasan warden 24 jam
* pengawasan keselamatan pihak berkuasa
* disiplin dan pengisian program yang padat dan intensif
* rehlah berkala ke tempat menarik dan bersejarah
* berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke bidang akademik peringkat ibtidaie, i'dadi atau sanawi sehingga ke universiti alAzhar.

PENGANJUR:

MIQAT CONSULTANT
- bertanggungjawab menguruskan perjalanan pelajar ke tempat pembelajaran dan urusan penginapan dan kebajikan pelajar.

TENAGA KERJA DI MESIR:

Terdapat Guru-guru Bahasa Arab dan Feqah di ambil dari kakitangan Maahad Makkah Al Mukarramah manakala Syeikh-Syeikh Hafazan terdiri daripada guru-guru al Quran yang berkaliber dan terkenal dari segi kepakaran al Qurannya. Di samping itu terdapat kakitangan bukan akademik yang terdiri daripada Ketua Pengurus Kebajikan Pelajar, Warden Asrama Mesir, Warden Asrama Malaysia, dan Warden Banat serta dua orang tukang masak dan seorang tukang cuci pakaian unifom tahfiz.